Kepala aku pening. Banyak sangat makan dlm majlis sambut kemenangan BA. Hehehe~ takde lah. Aku pening sebab tak cukup tido hadap computer update diri aku tentang politik negara. Kerana aku warganegara yg prihatin. Chewah~ Harharhar~
Aku tahu aku patut update lebih awal . Tapi nak buat macam mana. Malam keputusan pilihanraya aku tido dekat kol 5 pagi. Esok pagi terus gi tusyen. Pastu kenduri kawen. Pastu tusyen. Pastu malam tu gi kenduri kawen lagi. Tak boleh nak buat apa. Masyarakat memerlukan aku untuk memenuhi keperluan social mereka. Hehe~
Aku update diri aku melalui kawan2 yang datang kenduri tu je. Bapak aku lak lagi advance pakai tenet tengok result. Bapak aku bengkak hati tengok TV dok ngarut2 ckp ntah apa2 pastu asik dok siarkan kemenangan BN je. Siap tv3 silap siar keputusan kemenangan Dr. Lo’Lo lagi kat parlimen setiawangsa. Dari hati bengkak, Bapak aku bengkak jari hentam punat televisyen. Hehehe~ korang belom tengok mak aku lagi. Lagi semangat. So korang nampak lah semangat politik aku datang dari mana. Then ada tak aku cakap yang pak2 sedara belah2 Bapak aku kat belah2 Perak tu wakil2 rakyat gak? Parlimen Teluk intan, DUN Pasir Mas, Pekan. DUN mana tah lagi. Tapi kalah lah. Harharhar~ sebab mereka calon BN! Dulu aku malu nak ngaku, sekarang tak malu nak ngaku~ hehehehe.
Malam tadi aku sempat baca sket2 sebelum aku tertido depan computer lagi sekali. Aku malas baca banyak. BA tawan 5 negeri. Nak citer banyak kang, sure dah basi. Korang dah tahu semua. Tapi ringkas aku boleh cerita adalah Kelantan, Perak, Selangor, Penang & Kedah ni BA yang punyer! Hehehe. Berjaya menafikan majority 2/3 daripada BN. Means BN dah tak boleh nak buat sesuka suki dah. Tak sia2 aku bising2 dalam Kelab Penyokong Maya UMNO tu. Tak sia2 aku hapdate ajak sape2 baca blog ni kongsi debat ilmiah sekali. Aku terasa mcm tak sia2 bloggers memainkan peranan dalam memberi kesedaran pada rakyat walupun aku tahu usaha ni ciput je dari jentera2 lain yang ada. Aku benci dgn BN yg panggil bloggers ni monyet. Ha sekarang, sape yang monyet? Huhuhu` [teremo lak. Hehee~]
Mak aku cakap, dapat Selangor, means dapat Malaysia. Maksudnye pembangunan dan tempat2 yg menjadi isi hati Malaysia kebanyakannya di Selangor. And Selangor ni dekat dgn KL. Ha elok gak Kl pun bukan BN punyer . Malu weh shahrizat weh. Kalah dgn Izzah. Izzah menang atas factor Anwar, muda, cantik dan beridea segar. Itu lah yang rakyat mahukan. Tak mau dah yg lama2 nih. Tokoh2 lama yang menjadi tulang belakang kuat UMNO pun ramai dah tumbang. Sammy vellu dah cakap bye-bye Indians. Aku cakap bye-bye tol! hehehe. Then Boss penang tu pun gentleman letak jawatan. Undur diri atas desakan rakyat negeri Penang yg mahukan kepimpinan baru. Bagus lah. 5 negeri2 ni wakil suara gelombang rakyat. Agak2 korang lah, PRU-13 nanti, ada harapan tak BA nak tawan semua? Entah ler. Semuanye masih terlalu awal nak cakap.
Kita tengok kedudukan parlimen. Kebanyakan parlimen tu dari BN pun sebab Sabah dan Sarawak. Mereka kurang terdedah dengan apa yang berlaku kat sini sebenarnye. Kurang pendedahan internet? Banyak disogokkan dgn media2 utama? Tergelak aku masa malam keputusan kol 3 pagi tu, TV1 ada menjemput 2 panel penganalisa politik. Sorg dari UKM. Dr. Agus namanye. Sebaik saje keputusan big boss RTM, Zainuddin Maiden tu kalah, elok je Dr. Agus tu direct kutuk media2 utama. Direct cakap dia geli dgn TV1 yang asyik buat kempen utk BN je. Orang2 yang takde saluran lain utk mengetahui berita sesame, akan terus menelan apa yang disogokkan dek TV. Siap buat aksi geli. Harhar~ mak aku siap tepuk tangan. Sape berani nak banned dia dari TV lepas nih? Zainuddin? Harharhar~
Even sekarang pun timbul pelbagai cerita sebab dikatakan BA ni diwakili parti2 yang mempunyai idealogi yang berbeza. Memang aku tak nafikan tapi kebencian rakyat terhadap BN lebih mengatasi semua2 ni. Kata orang, kejadian 1969 tak mustahil boleh terjadi lagi. Dengarnye DAP dah pasang angan2 nak PM dari kalangan orang cina. Haa.. drama pasal perkauman pulak boleh jadi nih. Haihh.. tapi macam aku cakap lah tadi, masih terlalu awal nak cakap. Kita tunggu dan lihat je…
Yang aku tahu, aku tak sabar nak tengok Selangor ni jadik apa. Agak2 sape eh menteri besar Selangor nih? Janji bukan lagi Khir Toyo! hehehe. Rumah dia yang macam istana kat bangi ni boleh lah ditumbangkan.. menci aku tengok.
Herh,entah lah....
View User's Journal
Ntah la...
ntah